aku ni sebenarnya agak pemalu dan a private person walaupun dulu berjawatan PRO. banyak benda aku simpan di dalam kekotak kaca lipatan sejarah hidupku dan untuk tatapan bukan sebarangan mata manusia lain, selain bijik mata sendiri sahaja. maluku begitu menebal, takut cerita punya cerita, terbuka pekung di dadaku yang padat dan bidang ini (chewah!).
aku nak sambut cabaran Pakcik Almanar yang mengatakan aku terlalu banyak tidur dan culas update blog, maaf ye pakcik, tahun ni saya berazam nak rajin sikit!
sukar buat ku untuk mengukir di dada kertas dengan pena berbisa lalu melakarkan cerita kesah hidupku yang tah bila berlakunya (ketuk keyboard komputer jer!) untuk tatapan anda sume.
ok serius neh!
salah satu tugas rasmi yang aku kena buat secara paksarela ialah bangun pepagi buta walaupun tak rela berpisah dengan mimpi yang sungguh indah dan terbuai tu lalu bersiap sedia untuk keudara di ruang angkasaraya semalaya, jap lagi driver jemput kat rumah terus ke rtm. bangun nak ke studio dan bangun nak ke pejabat besar beza persediaannya, nantilah lain kali insyAllah ada masa, cerita plak pasal itu. Talk show di radio dan tv sumenye di sebelah pagi waktu drive time, gitu.
wisma radio dan bangunan angkasapuri tu memang menjadi gelanggang permainan ku untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar melalui rancangan diskusi siap dengan pekej phone-in lagik!. aku ada rancangan tetap 2 minggu sekali, di rangkaian biru - masatu kena cakap omputeh!
kasi cantas sama dia - dipendekkan cerita selepas dinaikkan pangkat ke GRO (this is not the truth and so it is not true - jangan percaya semua yang anda baca di dada akhbar, social media kan ada!), tak buat la dah keje-keje gitu, aku kena transfer ke cawangan pj.
ada seketika tu pada bulan april, cawangan kami dibanjiri oleh ramai pelanggan yang datang dari se-entere selangor dan kelumpo untuk minta bantuan mengisi borang deklarasi mandatori mereka, maka sudah tentulah sebagai timbalan ketua cawangan, aku juga sama turun padang bergelut bertunglus lumus sampaikan comot dan berlemos membantu pelanggan.
|
gambar diciplak dari google |
"encik! saya nak tanya!" tetiba seorang jejaka perkasa, persis profesyonal lagaknya berkata dengan suara yang lantang dan penuh kejantanan. "i have heard and recognise that voice!" and aku jadi terpinga, apalah salah ku dijerit sebegini rupa. orang sekeliling pun menumpukan perhatian ke arah seorang insan yang begitu kerdil lagi terpinggir di satu sudut yang terpencil lagi bingit. beribu mata menumpukan perhatian ke arah aku tanpa berkelip sedikitpun.
"dulu kat radio 4, ada seorang pegawai yang petah berbincang dan bantu ramai pendengar, dia beri nasihat di udara. saya suka sangat rancangan tu!. bila diaorang hentikan rancangan tersebut, segelintir kami telefon dan marah rangkaian biru kerana tidak menyiarkan rancangan kegemaran kami yang banyak memberi pengajaran kepada masyarakat.
dia mula berjalan ke arah ku dan sepantas kilat hatiku berdetik dan berdoa " tolonglah aku, Ya Allah!, tolonglah pengsankan orang ini kerana hodohnya keadaan rupa paras ku ini, tolonglah!....." well that didn't happen, orang tu tak pon pengsan!
dia terus membalikkan tag namaku yang ku sematkan di dada padat dan bidangku, dan dia menyebutnya #@*##, tu awak kan? saya ingat nama dan suara itu. lalu dia berpaling pulak kepada segelintar orang yang masih gagal mengelipkan mata kerana kepoh nak tahu punca pasalnya, "dia ni famous dulu, selalu keluar radio, ramai peminat dari golongan profesional dan business dengar rancangan dia, ha.....tu awak kan, kan?"
jika nak diikutkan hati, mau saja pada ketika itu bertukar jadi unggas lalu terbang bebas. sumpah! muka toreh tak berdarah. aku terus jadi hantu cina yang melompat-lompat tuh! "sa...saya lah orang itu" lantas aku menjawab dan terasa benar besarnya kemaluan ku - err..maksudku bukan benda tu!
p.s. ini kesah benar, demi Allah tiada sedikitpon unsur riak.