Search This Blog

Tuesday, 31 January 2012

if only...

enaknya....
sungguh!
dapat relax tepi pandai dengan hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa menyapa di pipi.
cerating ni memang indah dan tidak terusik, exotic dan unspoiled, bak gadis sunti yang suci. untouched!
macam la hotel yang aku duduk ni, mengekalkan konsep "lama" sehingga menjadi lagenda.


one solid hour in the gym and another in the sauna this morning,
i swear i have lost lots of kilos, chewah!



"oiii. jauh ngelamun. dah! balik keje."
 ada suara garau menjerit di belakang sana.
"chukang! chukang ahhhhh!"

ada discussion, pagi petang, malam. tak habis keje.


realitinya
aku di sebalik tabir jendela di dewan syndicate
cuma mengintai ke luar sana, suasana ceria
itu hanyalah imbasan kebebasan yang aku rasai buat seketika.
cuma seketika


damn!






Wednesday, 25 January 2012

mimpi + illusi = realiti

melakar mimpi adalah pengalaman yang cukup indah
menzahirkan sebuah ilusi menjadi realiti amat menggetarkan.

kata si hawa,
debarannya bak menunggu kelahiran bayi.
saat ini, itulah yang aku rasai.

nasib baik tak payah jadi pompuan untuk dapat itu rasa.
lega!

Friday, 13 January 2012

gelagat tiga wanita bergelut

cerita benar kes ragut di satok, kuching sarawak. berlaku di depan bijik mata aku sendiri.

pelakon utama:
rozi rupa dan gaya macam rafizah aziz
dell  "       "      "        "  murni sarawak
pah   "       "      "        "  mislina mustafa

scene: di sebuah parking lot di Satok depan kedai makan ayam penyek bernama ceko.
selepas menjamu selera, tiga wanita berjalan dan bergelak ketawa sebab gendang gendud tali kecapi, kenyang perut sukala hati. tetiba,
pah: tak mau, takk payah tak payah.........
kelihatan dua wanita berbadan sasa rozi sedang bergelut di bantu oleh dell cuba meragut tas tangan pah yang bertubuh kurus kecil.
"cepat kak dell cepat" jerit rozi"
"aduh sakit.....tangan saya....tangan saya.......tulung, tulung.
kelihatan pah menjatuhkan diri ke atas jalan lalu terduduk tersimpuh.
apa lagi jenuh dia di belasah oleh dell dan rozi.
kemudian dell dan rozi beredar dari situ, masing-masing puas, dan senyum kegirangan.
seorang pemandu yang parkir besebelahan kereta suami pah yang menunggunya,  kelihatan begitu cemas sekali manakala suami pah pula terpinga-pinga kebingungan.
pah yang berdekah-dekah ketawa bangun dan membuka pintu belakang kereta dan masuk selamba badak. tetiba dia keluar dan berkata "eh silap" dan terus duduk di kerusi hadapan bersebelahan suaminya. rozi dan del dah hampir guling-guling atas tar jalan sambil memegang perut masing-masing.

cerita sebenar.
sehari sebelum hari kejadian, pah dan suaminya telah bermurah hati membawa rozi, dell dan aku ke pasar hari di Serikin, di sempadan sarawak-indonesia.
jadi kami nak balas budi baik pasangan ini (aduh, mereka memang sangat baik!) dengan belanja makan ayam penyek. aku meminta rozi dan dell masukkan sedikit tunai ke dalam beg pah sebab kami tahu jika bagi dengan tangan, mati pun tak diterima olehnya. mereka pasangan yang sangat baik - kena ulang dua kali.
rozi dan dell pun membuat rancangan. " saya buka beg pah, kak dell masukkan duit cepat tau!" kata rozi.

percubaan memberi duit tersebut telah kelihatan macam satu ragutan telah berlaku dan menarik perhatian orang ramai disekitarnya. aku hampir pecah perut melihatkan gelagat tiga wanita tersebut.

Thursday, 12 January 2012

adilkah hidup ini?

tetiba aku dihujani dengan satu soalan mudah yang tak dapat aku mencari jawabannya (chewah macam intro sebuah novel plak).
"adilkah hidup ini"
otak aku pun berputar ligat. samakin lama semakin ligat, akhirnya, aku yang pening dan mabuk sendiri.

al kisah nya begini.
kawan aku ni keje gomen kumpulan 48 dan  tinggal di kuarters kerajaan rumah berkembar di putrajaya. bertahun-tahun dia diulit kemudahan dan kemewahan. tahu jer lah, semi-d memang besar, 5 bilik tidur dan 4 bilik mandi dilengkapi setiap unit dengan saluran gas masak sekali. baca meter je tak payah nak tanggung atas bahu tong gas tiap bulan.
kawan aku ni dah nak bersara akhir tahun makanya kenalah keluar dari quarters kerajaan. masalahnya dia dah jatuh cinta dengan kehidupan di putrajaya dan ingin menghembuskan nafas terakhirnya di sini. dia pun tak buang masa terus 'house hunting' di sekitar purtajaya.
"gee!" -pangilan favourite kekawan pada aku, singkatan kepada perkataan haji.
"aku tak tahu apa nak kata. aku rasa begitu tertipu" maka aku bertanyakan siapalak yang tipu dia.
"aku sebenarnya bertuah dapat kemudahan quarters ni. tapi kemewahan sementara" aku pi cari rumah sebandingnya untuk dibeli ko tahu berapa rata-rata harganya?" nadanya dah agak panas. "semi-d di putrajaya sekurang-kurangnya 1.2 million. pegawai macam aku loan terhad kepada rm300,000, kalo laki bini pinjam joint loan pun tak lepas. pada usia aku sekarang aku kena bayar rm3,500 sebulan sorang. mana mampu nak beli rumah di sini." suaranya penuh kesal. kerajaan tak pikir ke ini penipuan kepada rakyat. sebab tu lah aku tak heran jika pegawai kerajaan makan rasuah   berlipat ganda sekarang. harga rumah perlu dikawal.gomen kena buat sesuatu."
terkedu aku mendengar penjelasannya.

sebenarnya di putrajaya ni ada dua klas yang begitu ketara. kuarters hanyalah penginapan sementara untuk pegawai-pegawai kerajaan dan finishingnya juga berstandard gomen. nun di pinggir tasek dan di lereng bukit, tersergam indah rumah-rumah semi-d dan banglo yang kemasan dan build-up area yang begitu high-end. tengoklah kereta di porch, semua mewah belaka. kini wujudlah dua darjat dan kasta berlainan.

dalam sedikit masa lagi, golongan super-kaya akan memagari segelintir pegawai-pegawai kerajaan yang berpendapatan sederhana dengan penempatan sementaranya. sang maha master planner putrajaya akan ketawa terdekeh-dekeh kepuasan. "awat depa ingat aku buat putrajaya ni untuk kaum merempat? nun di istananya, di puncak bukit , dikumpulkan segala saudara-maranya yang berstatus meliana belaka lalu dia berkata di dalam pelat negeri periuk nasi malaya" the wetha is so klear, come, let's take piksya togetha......hahaha.
and they live hapily ever after!

morale of the story?
fair? fairness? - it's only the color of the skin. justice is another matter altogether.
siapa kata tiada penindasan di putrajaya?

Friday, 6 January 2012

suffocated

life is what u make out if it. it is a choice, your choice - no one force it upon you. true! there are times someone says " i am a victim of circumstances" it is written in azali and so it has become a fate for you but what matters is what do you do to come out of it.
having said that, there are people who like to meddle into the private affairs of others- you know the so-called busy bodies. they thought they know you better than yourself. their hapiness are when they think they could have an influence over what you do,  possibbly take over your life, own you.
they are always there, they are everywhere, all over. there is no more room for privacy - your only very own sanity!
listen!
i only wanted to be a friend, nothing more, nothing less.
please let me have some room to breath - i am suffocating real bad around you,
please oh please just let me be who i am and not what you wanted me to be.

Thursday, 5 January 2012

kenapa suka saya? awak kata saya sombong!

pernah tak orang beritahu ko yang first impression dia terhadap ko tersasar, sesangat tersasar. pernah tak?pernah tak?
tak risau ke kenapa begitu pasif sekali aura yang kita jelmakan terus begitu terpesong dari mencermin diri sebenar? , lazimnya first impression orang terhadap aku la. "sombong!" itu jika mereka melihat aku mengendalikan sesuatu acara sebagai event director, sentiasa memberi arahan, beri penjelasan, betulkan tindakan crew members, beri teguran. apa lagi aku sering beriringan dan bergesel bahu dengan vip,vvip hingga ke ke tahap menteri.
aku memang serious dengan tugasku. tapi diaorang punya mulut, sukahati dia la nak kata apa pun. aku bangsa  lantak le apa ko nak kata janji kerja success! peduli aper aku!

di sebaliknya, kekadang pula orang dapat gambaran yang ko begitulah hebat walhal bila dia pandang dengan mata kepala sendiri, sungguh memualkan terus terduduk dan terpengsan. isyh! macam anak-anak remaja dok gilerkan dejay radio tu, sekadar suara kedengaran walhal tak tahu pun rupa paras mereka.
dulu-dulu masa aku jadi pro, salah satu tugas aku ialah 2 minggu sekali kena keluar kat radio, sehingga ada orang jadi regular caller nak cakap on air dengan aku. sekali tu, (ini cite kat penang darul maidin,) ada akak ni naik ke ofis semata-mata minat suara, dan nak bertemu muka. sangkaan aku dia akan pengsan tiga kali setelah melihat wajah buruk ku tidak menjadi kenyataan. sebaliknya dia siap bawa dan perkenalkan anak suntinya lagi pada aku sebagai calon jodohku. i was like "eh ibu ayam ke aper neh?"
it was good to learned later on that:
  1. sometime if you talk straight from the heart, people know you are an honest guy. ramai yang confessed bahawa impression mereka terhadap aku jauh tersasar apabila bertemu secara peribadi dan bukan di ruang likup tugas.
  2. rupa paras itu amat penting dan menjadi "alat" utama yang boleh disalahgunakan sekiranya kita jenis bertugas dikhalayak ramai. alat ini juga kekadang meruntun kita ke lembah masalah sosial yang rumit.
aku pernah naik teksi di dashboard ada quran mini dan pemandunya memakai ketayap putih walhal dia masih muda. aku selamba badak je tanya kenapa, terus terang dia mengatakan bahawa itulah pelindung dirinya dari maksiat dan menghindar dirinya dari terjebak dengan aktiviti seks bebas. "ramai orang minat kat saya walaupun saya seorang pemandu teksi jer" katanya menjelaskan. bila dia mengangkat beg aku di airport, baru aku sedar orangnya tinggi tegap dan sangat kacak ala-ala blogger ben ashaari. aku faham kini kenapa mereka yang dianugerahkan wajah yang kacak begitu bernasib baik di dalam relationship terutama mempunyai kelayakan yang tinggi pulak tu macam eqbalzack. sampai begitu sukar nak membuat pilihan.

pengalaman juga mengajarku mengambil jalan paling mudah dengan menjadi anonymous. biar bakat dan skill kita speaks for itself dan jangan pesona wajah menjadi keutamaan. aku tahu ramai followers sampai ke tahap hysteria untuk menatap wajah lelakisesuxx dan the blabber yang begitu nakal tapi comel dengan komen mereka. aku juga tidak ada akaun facebook. cukuplah semua social problem dialami setakat ini, been there, done that!
biar aku jadi faceless!

Wednesday, 4 January 2012

new year 2012 yang menyerikkan

bukan jadi amalan aku untuk celebrate new year berpeleseran di malam dini hari, tapi akhir tahun 2010 dah terlanjur kontrak wanita comel dah habis dan bilik hotel shangrila at the rock (yang kami tempah sementara menanti penerbangan pulang ke malaysia dari sydney padi hari esoknya), menghadap betul-betul dengan harbour bridge, maka aku berpeluang melihat pertunjukan bunga api di malam tahun baru.
pertunjukan bunga api itu memang salah satu terbaik di dunia dan disiarkan langsung hampir ke seluruh dunia. kerajaan australia juga memperuntukkan sejumlah wang untuk pertunjukkan tersebut.
ada dua tembakan, pukul 9.30 malam untuk family members yang secara sedernaha manakala pukul 12 tengahmalam untuk party goers. minum arak dan merokok dah jadi amalan masyarakat negara tersebut, aku dapat saksikan dari bilik hotel lautan manusia menanti di bawah.
tembakan bunga api lebih kurang 15 minit, kosnya berjuta dollar. membeli kegembiraan yang sebentar dengan wang begitu banyak. memang terbaik pertunjukan tersebut selain dari bunga api ditembak ke angkasa, yang paling cantik ialah waterfall yang mengalir dari harbour bridge ke teluk dibawahnya.
tahun ini kami sekeluarga menanti di bawah jambatan wawasan putrajaya terlanjur ke masjid putrajaya. punya la banyak kereka di dataran tetapi yang masuk sembahyang sunat hajat - kesejahteraan untuk tahun 2012 dan mendengar ceramah dapat dibilang dengan jari.
waktu menikmati hidangan oleh masjid di foyer, berkumandang kuat konsert di atas jambatan menghubungkan bulatan dihadapan pejabat pm menuju ke mof yang telah ditutup dan menyesakkan keadaan orang nak ke masjid untuk beribadah. rasa sangat manusia begitu kurang ajar dengan Allah.
setelah menungggu tibanya saat tengah malam, terdengar beberapa das tembakan bunga api di angkasa, pertamanya datang dari arah presint 11, kemudian pula diari picc dan akhirnya dari kawasan hospital putrajaya. "tipah tertipu" buat mereka yang tunggu di tebing tasik dekat jambatan wawasan, termasuklah....aku sekeluarga.
lepas tu apa lagi sesak nak giler masing-masing nak berkejar balik rumah. aku macam nak taubat dari nak tengok pertunjukkan bunga api lagi pada tahun depan. aku dengar yang bukit bintang punyer lebih gah!

Pages