eeeeeeeee.....geli
tahu tak geli......
masa aku kecik-kecik dulu, aku memang bangsa geli dengan crawlies.
cicak, lipan, centipede, lipas, cacing, ikan keli. katak pon aku geli.
my niece at four pegang katak macam pegang mainan tapi teknik dia betul. empat jari dia meregang di antara ketiak dan peha katak tu jadi katak tu pun jadi tegang tak dapat lari. separuh hari dia dok main dengan katak tu sampai mak dia suruh pergi mandi.
bila besar, aku paksa diri untuk pegang menatang-menatang tu. walaupun meremang setiap bulu di badan aku, aku tetap buat juga. jadi lelama jadi biasa.
itu sekadar intro je.
sebeno-benonyer, nak cite - semalam aku pergi berkursus menyembelih binatang mengikut syariah di majsid putrajaya, sembelih lembu, kambing dan ayam. akulah orang pertama tiba ke lokasi di bahagian bawah masjid putrajaya berhampiran tasik, dengan semangat berkobar nak tumbangkan lembu dan kambing tapi sayangnya penyembelih bertauliah buat demo je lengkap dengan penerangan dan doa sekali jadi aku cuma sekadar dapat beri tumpuan penuh (chewah macam bulih le sangat).
kini tiba giliran sembelih ayam pulak. aku teringat cerita dulu-dulu seperti di atas bila aku tengok ada golongan yang datang kursus takut dan geli nak pegang ayam. ada yang geli geleman bila disuruh mencari urat marikh dan saluran pernafasan yang wajib diputuskan semasa sembelihan.
tahu tak? ada cara nak pegang ayam. semasa tangkap ayam dalam bakul, ibu jari dan jari kelingking cengkam di luar ketiak kepak ayam manakala tiga jari ditengah antara kedua kepak sebagai pengimbang pegangan tanpa mencedera atau menyakitkan ayam. ayam jika dipegang begini akan menjadi relaks.
bila tiba masa untuk menyembelih, kepak kiri dan kanan ayam tadi di tarik ke kaki ayam demi mengelakkan dari ayam meronta. ayam diposisikan mengikut kiblat, so orang yang memegang ayam kena memegang kepak dan kaki dengan tangan kiri dan tangan kanan mengampu dada dan ibu jari dan jari telunjuk menjerut mencerut urat di leher ayam lalu meluruskan leher ayam supaya tegang dan terbonjol ke depan, jadi mudah disembelih.
penyembelih pulak cari telinga ayam lalu dari bawah telinga mencengkam supaya urat marikh dan saluran pernafasan ditonjolkan ke depan. cara pegang pisau pula sebijik macam pegang pensel, yang menggerakan pisau adalah sendi pergelangan tangan bukannya lengan.
dengan kalimah "Bismillah hi Allah hu Akbar" sembelihlah leher ayam dari bawah ke atas, kebawah semula dan keatas dengan memastikan kedua-dua urat tersebut putus. jika tidak putus, ayam jatuh ke tahap bangkai, dan haram dimakan. hati-hati jangan sampai tertanggal plak leher ayam tersebut. teknik pisau dari bawah ke atas, akan menghalang darah memancut ke atas dan mengenai penyembelih dan pemegang ayam.
saluran darah cuma sunat je diputuskan, memotongnya untuk mengeluarkan darah sudah memadai. kemudian tonggengkan ayam kaki ke atas supaya darah cepat mengalir dan ayam cepat mati dan keluarlah semua darah yang juga mengalirkan bakteria dsn.
bila ayam dah arwah, putuskan dan asingkan kepala ayam. kami di ajar cara mudah membogelkan ayam dengan mencengkam pada bulu di dada ayam dan dengan rakusnya di tarik kebawah, kemudian buat pula di sebelah belakang. dengan sekali tarikan sahaja kulit ayam dengan bulu terus dilucutkan dari badan ayam. lepas itu bulu di kedua kepak pula di tarik dengan rakusnya dan hasilnya tinggallah ayam yang telah togel(skinned).
sekali pacuan pisau tajam ke pinggan ayam, maka terbelah dua, keluarkan semua bahagian isi-perutnya menjadikan ayam yang kita sembelih itu bertaraf "halalan toyibban" - halal dan bersih. daging ayam suci dari tercemar dengan najis, bakteria dan kotoran.
tahu tak usus ayam setinggi manusia berukuran 6 kaki? tak percaya cuba buat.
berbanding cara konventional ayam yang disembelih di masukkan ke dalam air panas. disini berlaku percampuran bakteria dan najis ayam dimana isiperut masih belum ditanggalkan. kemudian dimasukkan di dalam tub berpusing untuk menanggalkan bulu. di sini juga ada kemungkinan najis ayam terpacul keluar semasa pusingan yang laju. ayam yang tanggal bulu di basuh lalu dikeluarkan isiperutnya. kulit ayam masih lekat di badannya.
di sini lah perbezaannya. jadi camna?
tidakkan cara islam itu yang terbaik?
tidakkan timbul sedikit rasa jijik cara konvensional?
yang bagusnya, perisian sebegini dilakukan oleh pihak masjid secara percuma. dah le tu, di samping jamuan pagi dan makan tengahari, tiap-tiap peserta membawa pulang sekeping sijil dan sebungkus daging ayam yang diproses tadi. hehe aku dah layak menjadi penyembelih bertauliah - jangan marah!
tidakkan cara islam itu yang terbaik?
tidakkan timbul sedikit rasa jijik cara konvensional?
yang bagusnya, perisian sebegini dilakukan oleh pihak masjid secara percuma. dah le tu, di samping jamuan pagi dan makan tengahari, tiap-tiap peserta membawa pulang sekeping sijil dan sebungkus daging ayam yang diproses tadi. hehe aku dah layak menjadi penyembelih bertauliah - jangan marah!
tetiba.....#pelepap, pelepap# (bunyi katak melompat)
OPOCOT! Astagfirullah hal azim! buat aku terperanjat je.
cilaka punya katak - meremang segala bulu di baden - geli pon sama!
No comments:
Post a Comment