Search This Blog

Showing posts with label ceritaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaku. Show all posts

Friday, 2 March 2012

the power of doa

semalam shahjuhan, member yang lama tidak ketemu hantar email. aku tersentuh dengan email itu. sini aku paparkan semula apa yang shah hantar padaku:




Bercakap fasal doa, 
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

 
Cerita yang saya dengar itu begini: 
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. 
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT. 
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya. 
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa. 
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. 
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa. 
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong: 
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” 
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. 
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. 
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. 
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. 
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” 
MasyaALLAH… 
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. 
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul. 
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. 
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. 
"Aku buat beginilah yang jadi begini." 
"Doa aku makbul seh!" 
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." 
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. 
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. 
Cerita itu sangat menyentuh hati saya. 
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. 
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. 
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. 
Semoga bermanfaat note ini. 
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya. 
Semoga Allah redha dengan kita.

 AMIN….

Friday, 30 December 2011

kantoi

last week was an extremely hectic week for me.
mana tidak nye, last minute jadi calon kursus integreti buat kat pangkor. APA?  integriti? aku ada wat salah ke kena pi kursus neh?
walaupun dok simpan dendam kesumat nak bercuti ke situ bersama family, akhirnya tercapai juga impian tersebut but in a different scenario.
wanita comel dapat cuti dan bersama acik ikut aku ke pangkor. along ada kuliah dan angah tengah sibok uruskan SIT (supervised industrial training) yang berkaitan dengan kursus dia kat otomotive college. aku ingat dari dia merempit dan mendrift, baik jadi pemandu lumba litar. tapi wanita comel dah kata awal-awal tak nak kehilangan anak usia muda, mungkin angah sampai ke tahap mechanic litar lumba kat sepang jer kot!
rupernyer Institut Integriti Malaysia tengah cari calon untuk jadi pensyarah sambilan bagi pihaknya. kursus plak direncanakan sampai ke malam. frust betul aku, 4 hari 3 mlm di pangkor tak cecah kaki ke laut, melopong, tengok dari jauh jer. it rains cats and dogs for the whole duration i was there.
anyway, lepas pangkor terus perjalanan ke pulau pinang dan bermalam di sana untuk hadir kenduri kahwin cucu saudara (jangan tak tahu - aku dah jadi tok su panggilan my side of the family).
next destination - mother in law dekat bruas perak. i bet most  of you guys don't know where that is. it is an historic town in the state of perak. during the olden days indian traders and merchants has sailed up the perak river and set up dwelling by the riverside and the state government has turn that into a historic site for tourist to visit.
oh i was talking about bruas! if you happen to drive at 80 km per hour through bruas town and you happen to blink at the same time, chances are you would miss the whole town. it looks very much similar to the ghost town of gopeng le kot! but bruas is alive with activities.
musim buah plak so banyak le durian, rambutan, nangka dan kelapa (i know nangka and kelapa is not a seasional kind of fruits, just want to make the list longer). what a relief to be able to enjoy the best home cooking of my inlaws (mother and single elder sister) yang memang terror habis masakan mereka, sampai ke tahap menjilat jari, pinggan dan mangkok.
aku plak ganjil sikit, bila dah penat aku kerap meraban. dulu masa aku single beberapa kali juga aku mimpi terbang yang membuatkan aku tersedar dalam keadaan benjol dan kesakitan di bawah katil. memang aku tidur ganas. mak cakap masa aku kecik, dia tak bedongkan kaki aku yang kuat menendang.
masa baru-baru kahwin rasa nak ikat je kaki bila malam, mana le tahu mimpi punya hal isteri aku terajang jatuh katil - camna nak convince mak mertua aku yang aku bukan menantu yang buas dan ganas atas katil? - tak ke jadi kes penderaan plak nanti?
terkejut nyer aku bila amar, a nephew about 9 years of age (how innocent the kids are) told me, "Amar dah tahu pasal apa paklang (panggilan wife side of the family) kekadang cakap tellor.  paklang merepek semalam cakap orang putih sebijik macam kat tv, ha...".
alamak! malunyer. tu dia belum tengok lagi aku nose dive off the bed onto the lantai. adussss
kantoi aku.

Pages