Search This Blog

Wednesday 23 November 2011

procrastinate

" eleh! 5 minit pun tak sampai" ujar Jai PRO JPN.
" OK, OK" jawab aku " hari ni jugak i buat!".

aku pun atur rancangan.
habis jer lunch, aku terus bergegas ke JPN.
belum sempat nak berlabuh, no tiket di panggil. OMG betoinyer cakap si Jai.
" nak tukar alamat dalam chip, kena dua ringgit je" kata manis Pegawai Khidmat Pelanggan JPN.
" nak buat baru sepuluh ringgit, ic baru siap dalam 3 hari bekerja"" katanya lagi.

tak biasa la aku berjalan tanpa kp neh. kena tahan dek polis, di anggap bangla ker aper plak nanti. jadi aku pilih tukar chips jer.

sebenor-benornyer, aku nak maintain gambar macho yang jarang-jarang terjadi seperti terpampang di kp. lagipun lepas 7 tahun, kedut dah mula timbul dan rambut pun dah berwarna perak. orang hodoh macam aku tak suka simpan gambar sendiri sebab jarang dapat pose yang kira ok macam di ic tu.

nak dijadikan cerita seluk poket sesen pun takde. "astagfirurasallah hal azim," mengucap panjang aku. rasa punyalah besarnyer kemaluan aku.

pagi tadi tukar seluar, terlupa ambil duit dalam seluar pakai semalam. rasa macam nak koyak jer muka aku. aku plak bangsa tak suka letak dompet dalam poket, terbonjol macam siot je!


"maaf le cik, dompet tertinggal di kereta" ligat benak ku mencari alasan. "malunye saya, tak pernah jadi macamni".
"takde masalah encik, kat tingkat bawah, ada mesin atm maybank, boleh guna meps, nanti encik takyah ambil tiket lagi, terus jumpa saya".
rasa nak terjun pun ader dari tingkat 2 terus ke lobby.


lepas 5 minit, aku tegak terpacak di depan PKP JPN menghulurkan 2 hinggit lalu selesai urusan kemaskini alamat, dapat ic, resit dan cetakan pengemaskinian.

habis jer solat jumaat kat masjid besi, aku terus ke Pejabat Pos Alamanda untuk tukar alamat mengundi, juga makan masa yang cukup singkat, tak sampai 10 minit.

masa makan malam, wanita comel buka corong suara mainkan iklan yang sama sejak seminggu lepas. "besok jangan lupa tukar alamat, nanti tak sempat nak undi kat putrajaya. tu lah abang.....

lantas aku cantas iklan itu " simpan suara sayang! dah beres semuanya hari ini. tengok ni....."

wanita comel tersenyum lebar, aku rasa lega tak terhingga.


nak mengundi le sangat!


p.s. wanita comel = isteriku.

Saturday 12 November 2011

truly

damn! damn! damn!
i was hoping that
it wouldn't come to this.

but the truth is
i missed my old life.
only god knows
but
i have to move on
even if you take my breath away
and left me here
high and dry
to die

i will pick up the leftovers
and slowly raise from the ground
and stand tall
so tall
even you wouldn't recognise
who i am

someone
you once touched and torned

Pages