Search This Blog

Wednesday 15 February 2012

Laksa Redup Rimba dan Berok

Tak tahu la apasal,
Sejak bangun pagi lagi rasa macam haprak je
Bawa ke tengahari plak tu. Aku selalunya tak gini, tak produktif siot!
Tengah mental block pun sama nak update blog.
Sedang  driving cari makan, terdiscover tempat jual laksa redup rimba.
Ya Allah sedap giler, laksa ngan cendol, itu menu utama, tak jual makanan lain.
Gerai kecik je di tepi jalan dari kampong Teras Jenang menghala ke Bandar Bangi lama, selepas trafik light belok kanan. Ke kiri jalan belakang  ke UKM.
Sambil makan aku diintai oleh sepasang berok, habis je makan, terus melompat dan memerkam menghabiskan sisa cendol dan laksa. Aku marah pun ade, kesian pun ade pada species tersebut yang ternyata tak cukup makan. Lalu aku teringat peristiwa beberapa tahun dulu.
Tetiba, talipon ofis berbunyi. anak aku talipon suruh balik, rumah diserang berok, bunyi macam tak logic tapi memandangkan mereka masih kecil, aku bergegas balik, sampai je ke rumah semua tingkap dan pintu habis ditutup. Selepas menjerit beberapa kali baru anak aku buka pintu. Mereka mengigil dalam ketakutan.
“berok kat belakang, berok kat belakang”
Aku terus ke belakang dan membuka pintu walaupun akan-anak aku merayu jangan keluar rumah. Beberapa langkah aku maju seekor berok terus melompat dan hinggap dibahuku dan sempat aku tepis lalu jatuh ketanah dan dia mengacah menyerang. Dan baru aku perasan dihujung kaki ku ada berok terperangkap di dalam gumpalan kain sambil meraung. Sekumpulan berok lain terus berkumpul dan mengacah nak menyerang lalu aku masuk semula ke dalam rumah.
Rupanya dari tingkap aku dapat memerhati bahawa seekor berok betina telah terperangkap di dalam lengan baju isteriku yang disidai di ampaian.  Yang nampak cumalah muka berok betina tersebut pada leher baju, badan dan tangan serta kaki tersangkut dan terperangkap di dalam lengan baju. Boyfriend dia risau giler dan serang siapa saja yang mengapakan kekasihnya.
Aku terus  panggil bomba dan penyelamat.
Nak dipendekkan cerita setelah beberapa jam menunggu, bomba datang  dan sekumpulan ahli menghalau berok yang berkumpul. Dengan menggunakan  pipe panjang yang ada loop dihujungnya dengan mudah di jerutnya dada beruk tadi lalu menggunting baju yang tersangkut. Beruk tadi meronta dan terus dimasukkan ke dalam sangkar disediakan. Dia terus meraung memanggil kekasihnya.
Sebelum berangkat ketua bomba berkata.
“ dah lama dia intai, dan berkenan nak pakai baju cik ni. Tapi tu lah salah teknik – sebab tak pergi sekolah” “ orang pakai baju  ikut badan , dia pakai ikut lengan baju” berderai gelak anak-anak aku mendengarkan lawak abang bomba tadi.
Isteriku pun rezo korbankan bajunya; “tak kuasa nak basuh berak kencingnya. Rasa geli nak pakai semula, nanti dok asyik teringatkan berok tu plak”.

No comments:

Post a Comment

Pages