Search This Blog

Tuesday 6 November 2012

ISLAMIC KLANA BEACH RESORT, TELUK KEMANG

minggu ni aku kena uruskan pembikinan L.O. (LEARNING OBJECT) makanya kena la pergi jauh dari bilik ofis supaya dapat banyak ilham dan mengelakkan dari gangguan perasaan dan mental dari rutin harian.

maka terdamparlah lebih kurang 40 training officer dari 5 pusat pengajian bertungkus lumus menyiapkan tugasan diberikan demi menjayakan pelancaran e-learning di organisasi kami. setiap pusat dikehendaki menyiapkan 10 LO.

tempat berkuarantin ialah di klana beach resort, teluk kemang.

kusyuk menjalankan tugas

yang menariknya hotel ini menawarkan perkhidmatan yang islamik. tak pernah lagi aku masuk hotel di mana ada dipaparkan doa sebelum dan selepas makan di atas semua meja makan di Coffee House.


tu dia doa makan diletakkan di atas setiap meja



makanan di hotel ini sungguh enak

muzik latar juga memainkan lagu-lagu nasyid dan di sebelah malamnya pula disiarkan bacaan ayat quran, selain dari menghalau hantu syaitan yang berkeliaran, juga menegah mahusia yang berhati syaitan dari melakukan maksiat di hotel ini.

eh molek bebeno le!

No comments:

Post a Comment

Pages