Search This Blog

Tuesday 30 October 2012

RASA TAK?

ada hikmahnya menyaksikan qorban dilaksanakan. ianya mewujudkan keinsafan disamping rasa kesyukuran yang teramat sangat dan keikhlasan.

Menyesalnya diriku sekiranya waktu maghrib semalam aku tidak sempat berkorban pada tahun ini.
Berkira sangat aku dengan Allah yg telah menganugerah kesihatan & kenikmatan kpdku 24 jam sehari, 365 hari setahun.

dicongak perbelanjaan sehari semalam:
Bfast                                      RM3
Tea Break                                    2
Lunch                                           6
Dinner                                          5
Minyak motor                            4
Supper                                          2
Handphone/ternet                   3
Rokok                                             5
Total                                      RM30

Besar sangat kah RM 1/- nak Diinfaq ke jalan Allah sehari?
RM1 x 365 hari = RM365 (harga satu bahagian qorban)

Bagaimana kalau aku ambil RM1 sehari drpd belanjaku utk tabung Qorban tahun depan…
Allah telah tentukan awal tahun bermula Muharram & akhir tahun adalah Zulhijjah supaya
kita menabung se tahun, insya Allah dgn RM1 sehari nescaya aku boleh berkorban setiap tahun..
Maka marilah kita semua berazam supaya setiap tahun kita tidak terlepas peluang untuk mendapatkan kenderaan special kita di akhirat & janji Allah amat benar bahawa ganjaran berkorban yg ikhlas adalah sebanyak bulu-bulu binataang yg dikorbankan…


Berkiranya aku dengan Allah….
apalah sangat sekadar RM1 sehari…

malunya aku dengan Allah

No comments:

Post a Comment

Pages