Search This Blog

Thursday, 3 May 2012

udang galah vs patin buah

orang kata kalau ke temerloh tak sah jika tak kena ikan patin buah liar, ikan kelah, baung, jelawat dan udang galah. pilih punya pilih kami tempah patin buah masak tempoyak dan udang galah goreng berlada, ulam-ulaman dan sambal tempoyak serta minuman. gerai abang no 10 di kawasan gerai makan bukit angin menjanjikan keenakan masakan selera kampung dan itu tidak dapat dinafikan sama sekali.terbukti terbaek!
inilah gerai abang

patin buah liar yang tewas di kuali dan dimasak tempoyak
di antara patin buah dan udang galah siapa yang menang? patin sepotong rm 28 manakala udang galah sekor berharga rm38. yang kalah pastinya sipembayar.

Wednesday, 2 May 2012

tasek bera

jeti yang begitu kukuh

pondok memancing

chalets yang agak usang
dah terlanjur ke Felda Sebertak, maka wanita comel suggested we visited the legendary Tasik Bera. i was expecting crystal blue sky and crystal blue water that stretches miles and miles as far as  the eyes could see. but alas i was disappointed.
you could hardly see the water because of the growth here and there almost like a swamp only it's not. there was a majestic jetty that goes metres into the lake, a fishing hut and that's about all there is to the lake.
there are barbaque pits, a few chalets and an office that runs the boat ride and chalets bookings.
but oh well! i was there once!

Friday, 27 April 2012

malu. maksud ku bukan alat itu.

terkejut beso aku, beso sungguh.
ader ke pok cik ni bukak baju menelanjangi susuk tubuh nya yang separuh atas dan menampakkan segala otot-otot gelembir yang dibinanya bukan di gimnasium sejak bertahun-tahun tanpa perasaan malu sedikitpun, di hadapan khalayak ramai yang sedang beribadah pepagi buta yang rata-rata matanya separuh tertutup di surau.
bunyi macam cerita biru le plak tapi ini kejadian benar di sebuah surau di pinggir putrajaya. dah le tu dia duduk di sauf yang terdepan sekali plak. aksi selamba badaknyer berlaku secepat kilat dan jemaah yang hadir ke solat subuh di dalam keadaan yang antara sedar dan tidak, ramai yang terlepas pandang kejadian itu.
yang nasib baiknya, jemaah wanita masih tidak ramai lagi dan mungkin jika adapun cumalah segelintir yang sudah tua, terlalu tua yang sudah mati ghairah melihat baden lelaki yang cukup mencantas selera nafsunya, kalau tidak sudah pasti ada jeritan nyaring dari bahagian belakang diikuti oleh perbualan becok bakkan murai tercabut ekornya. keadaan sesunyi dan sehening malam, dan sekiranya jatuh lah sebilah jarum ke lantai sudah pasti ia akan kedengaran seumpama sebijik nangka terhempap ke tanah yang gersang.
sewaktu berpusu keluar surau selepas solat subuh, beberapa insan yang khuatir telah bertanyakan duduk perkara sebenar-benarnya kepada pokcik yang menunggang motoskutar modenas berwarna hujau pucuk pisang itu.
"mak andeh aku punya hal la ni, pakai sidai je baju lepas gosok" jawaban itu tidak menjawab pertanyaan insan-insan khawatir tadi di atas aksi pokcik yang telah menjadi separuh bogel tadi. apa pula kena-mengenanya mak andehnya dengan kelakuan sumbang dipertontonkan olehnya.
" eh kalau korang sume sadar aku terpakai baju terbalik, lagi le besar kemaluan aku!" lantas secara tiba-tiba sume mata tertumpu ke arah bonjolan di kain pelikat "itteww"


oh! begitu kisahnyer.

Pages