Search This Blog

Friday 13 January 2012

gelagat tiga wanita bergelut

cerita benar kes ragut di satok, kuching sarawak. berlaku di depan bijik mata aku sendiri.

pelakon utama:
rozi rupa dan gaya macam rafizah aziz
dell  "       "      "        "  murni sarawak
pah   "       "      "        "  mislina mustafa

scene: di sebuah parking lot di Satok depan kedai makan ayam penyek bernama ceko.
selepas menjamu selera, tiga wanita berjalan dan bergelak ketawa sebab gendang gendud tali kecapi, kenyang perut sukala hati. tetiba,
pah: tak mau, takk payah tak payah.........
kelihatan dua wanita berbadan sasa rozi sedang bergelut di bantu oleh dell cuba meragut tas tangan pah yang bertubuh kurus kecil.
"cepat kak dell cepat" jerit rozi"
"aduh sakit.....tangan saya....tangan saya.......tulung, tulung.
kelihatan pah menjatuhkan diri ke atas jalan lalu terduduk tersimpuh.
apa lagi jenuh dia di belasah oleh dell dan rozi.
kemudian dell dan rozi beredar dari situ, masing-masing puas, dan senyum kegirangan.
seorang pemandu yang parkir besebelahan kereta suami pah yang menunggunya,  kelihatan begitu cemas sekali manakala suami pah pula terpinga-pinga kebingungan.
pah yang berdekah-dekah ketawa bangun dan membuka pintu belakang kereta dan masuk selamba badak. tetiba dia keluar dan berkata "eh silap" dan terus duduk di kerusi hadapan bersebelahan suaminya. rozi dan del dah hampir guling-guling atas tar jalan sambil memegang perut masing-masing.

cerita sebenar.
sehari sebelum hari kejadian, pah dan suaminya telah bermurah hati membawa rozi, dell dan aku ke pasar hari di Serikin, di sempadan sarawak-indonesia.
jadi kami nak balas budi baik pasangan ini (aduh, mereka memang sangat baik!) dengan belanja makan ayam penyek. aku meminta rozi dan dell masukkan sedikit tunai ke dalam beg pah sebab kami tahu jika bagi dengan tangan, mati pun tak diterima olehnya. mereka pasangan yang sangat baik - kena ulang dua kali.
rozi dan dell pun membuat rancangan. " saya buka beg pah, kak dell masukkan duit cepat tau!" kata rozi.

percubaan memberi duit tersebut telah kelihatan macam satu ragutan telah berlaku dan menarik perhatian orang ramai disekitarnya. aku hampir pecah perut melihatkan gelagat tiga wanita tersebut.

No comments:

Post a Comment

Pages