Search This Blog

Thursday 5 January 2012

kenapa suka saya? awak kata saya sombong!

pernah tak orang beritahu ko yang first impression dia terhadap ko tersasar, sesangat tersasar. pernah tak?pernah tak?
tak risau ke kenapa begitu pasif sekali aura yang kita jelmakan terus begitu terpesong dari mencermin diri sebenar? , lazimnya first impression orang terhadap aku la. "sombong!" itu jika mereka melihat aku mengendalikan sesuatu acara sebagai event director, sentiasa memberi arahan, beri penjelasan, betulkan tindakan crew members, beri teguran. apa lagi aku sering beriringan dan bergesel bahu dengan vip,vvip hingga ke ke tahap menteri.
aku memang serious dengan tugasku. tapi diaorang punya mulut, sukahati dia la nak kata apa pun. aku bangsa  lantak le apa ko nak kata janji kerja success! peduli aper aku!

di sebaliknya, kekadang pula orang dapat gambaran yang ko begitulah hebat walhal bila dia pandang dengan mata kepala sendiri, sungguh memualkan terus terduduk dan terpengsan. isyh! macam anak-anak remaja dok gilerkan dejay radio tu, sekadar suara kedengaran walhal tak tahu pun rupa paras mereka.
dulu-dulu masa aku jadi pro, salah satu tugas aku ialah 2 minggu sekali kena keluar kat radio, sehingga ada orang jadi regular caller nak cakap on air dengan aku. sekali tu, (ini cite kat penang darul maidin,) ada akak ni naik ke ofis semata-mata minat suara, dan nak bertemu muka. sangkaan aku dia akan pengsan tiga kali setelah melihat wajah buruk ku tidak menjadi kenyataan. sebaliknya dia siap bawa dan perkenalkan anak suntinya lagi pada aku sebagai calon jodohku. i was like "eh ibu ayam ke aper neh?"
it was good to learned later on that:
  1. sometime if you talk straight from the heart, people know you are an honest guy. ramai yang confessed bahawa impression mereka terhadap aku jauh tersasar apabila bertemu secara peribadi dan bukan di ruang likup tugas.
  2. rupa paras itu amat penting dan menjadi "alat" utama yang boleh disalahgunakan sekiranya kita jenis bertugas dikhalayak ramai. alat ini juga kekadang meruntun kita ke lembah masalah sosial yang rumit.
aku pernah naik teksi di dashboard ada quran mini dan pemandunya memakai ketayap putih walhal dia masih muda. aku selamba badak je tanya kenapa, terus terang dia mengatakan bahawa itulah pelindung dirinya dari maksiat dan menghindar dirinya dari terjebak dengan aktiviti seks bebas. "ramai orang minat kat saya walaupun saya seorang pemandu teksi jer" katanya menjelaskan. bila dia mengangkat beg aku di airport, baru aku sedar orangnya tinggi tegap dan sangat kacak ala-ala blogger ben ashaari. aku faham kini kenapa mereka yang dianugerahkan wajah yang kacak begitu bernasib baik di dalam relationship terutama mempunyai kelayakan yang tinggi pulak tu macam eqbalzack. sampai begitu sukar nak membuat pilihan.

pengalaman juga mengajarku mengambil jalan paling mudah dengan menjadi anonymous. biar bakat dan skill kita speaks for itself dan jangan pesona wajah menjadi keutamaan. aku tahu ramai followers sampai ke tahap hysteria untuk menatap wajah lelakisesuxx dan the blabber yang begitu nakal tapi comel dengan komen mereka. aku juga tidak ada akaun facebook. cukuplah semua social problem dialami setakat ini, been there, done that!
biar aku jadi faceless!

No comments:

Post a Comment

Pages