Search This Blog

Wednesday 4 January 2012

new year 2012 yang menyerikkan

bukan jadi amalan aku untuk celebrate new year berpeleseran di malam dini hari, tapi akhir tahun 2010 dah terlanjur kontrak wanita comel dah habis dan bilik hotel shangrila at the rock (yang kami tempah sementara menanti penerbangan pulang ke malaysia dari sydney padi hari esoknya), menghadap betul-betul dengan harbour bridge, maka aku berpeluang melihat pertunjukan bunga api di malam tahun baru.
pertunjukan bunga api itu memang salah satu terbaik di dunia dan disiarkan langsung hampir ke seluruh dunia. kerajaan australia juga memperuntukkan sejumlah wang untuk pertunjukkan tersebut.
ada dua tembakan, pukul 9.30 malam untuk family members yang secara sedernaha manakala pukul 12 tengahmalam untuk party goers. minum arak dan merokok dah jadi amalan masyarakat negara tersebut, aku dapat saksikan dari bilik hotel lautan manusia menanti di bawah.
tembakan bunga api lebih kurang 15 minit, kosnya berjuta dollar. membeli kegembiraan yang sebentar dengan wang begitu banyak. memang terbaik pertunjukan tersebut selain dari bunga api ditembak ke angkasa, yang paling cantik ialah waterfall yang mengalir dari harbour bridge ke teluk dibawahnya.
tahun ini kami sekeluarga menanti di bawah jambatan wawasan putrajaya terlanjur ke masjid putrajaya. punya la banyak kereka di dataran tetapi yang masuk sembahyang sunat hajat - kesejahteraan untuk tahun 2012 dan mendengar ceramah dapat dibilang dengan jari.
waktu menikmati hidangan oleh masjid di foyer, berkumandang kuat konsert di atas jambatan menghubungkan bulatan dihadapan pejabat pm menuju ke mof yang telah ditutup dan menyesakkan keadaan orang nak ke masjid untuk beribadah. rasa sangat manusia begitu kurang ajar dengan Allah.
setelah menungggu tibanya saat tengah malam, terdengar beberapa das tembakan bunga api di angkasa, pertamanya datang dari arah presint 11, kemudian pula diari picc dan akhirnya dari kawasan hospital putrajaya. "tipah tertipu" buat mereka yang tunggu di tebing tasik dekat jambatan wawasan, termasuklah....aku sekeluarga.
lepas tu apa lagi sesak nak giler masing-masing nak berkejar balik rumah. aku macam nak taubat dari nak tengok pertunjukkan bunga api lagi pada tahun depan. aku dengar yang bukit bintang punyer lebih gah!

No comments:

Post a Comment

Pages