Search This Blog

Tuesday 9 October 2012

that's why i call my car "mother monster"

tadi masa nak kuar makan,tetiba aku disekat dekat post keselamatan. maka dengan cemas aku pon menyahut, eh apa salah saya?
"jap tuan! wiper tuan masih terangkat" berlari-lari polis keselamatan menurunkan viper depan dan belakang kereta aku. ingatkan dia nak tengok boot kereta - kot aku bawa barang terlarang!

aku sememang-memangnyer dah biasa drive kereta dengan wiper up di depan dan belakang ke mana-mana di dalam akademi ini. getah wiper tu jika tidak diangkat akan menjadi keras dan mencalarkan cermin disebabkan terdedah kepada pancaran mentari yang terik setiap hari.
memang aku perasan ada orang gelak dan ada orang terperanjat, tapi...aku tak buat salah apa-apa. aku tak ganggu pon ketenteraman sesiapa - so peduli aper aku - ada aku kesah!

tetiba fon berdering 
suara merdu di sebalik sana berkata:
"terkejut saya tadi ada menatang besar bertanduk nak langgar saya"
"astagfirullah nor! mana ada kerbau kat dalam akademi nih?" aku yang sebenarnya terkejut!
"adala sekor yang berwarna hitam dengan tanduk panjang tercacak ngeri, nasib baik saya tak terlompat ke dalam longkang kerna terkejut tadi". "u kan memang notorious tau! nasib baik saya takde masalah jantung, kalau tak, dah arwah dah!"

la......dia marahkan aku rupanya!
cuma kerana aku malas nak turunkan wiper kereta dan terus drive kemana-mana kat dalam kampus ni. i supposed i am the only nerd that do things like that!
inilah dia menatang/monster dengan sesungut tercacak tuh!

No comments:

Post a Comment

Pages